Program Santuni Komuniti
23 Februari 2022 | Aktiviti TerkiniBermula dari 22 Februari 2022, petugas PEDi Sebandi Ulu telah melancarkan Program Santuni Komuniti. Program ini melibatkan beberapa urusan berkaitan kerajaan seperti Mysejahtera, Baitulmal, Nadma, Mysalam dan pelbagai lagi. Program ini mensasarkan terutamanya pengunjung PEDi yang jarang berkunjung ke PEDi bagi urusan-urusan berkaitan. Diantara intipati yang sepanjang program dilaksanakan ialah tatacara pengisian borang permohonan secara atas talian dan kaedah pengisian borang secara fizikal. Selain itu terdapat pengunjung yang berhadapan dengan masalah aplikasi Mysejahtera yang tidak memaparkan sebarang perincian sijil vaksinasi juga turut diambil perhatian.
Program ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya dan akan berakhir sekitar Mac 2022 bagi memberi laluan kepada program dan aktiviti berkaitan sambutan bulan Ramadan 2022. Semoga perlaksanaan program ini dapat mendedahkan keberaadaan dan PEDi Sebandi Ulu bukan hanya disekitar premis namun merangkumi komuniti luar.
Intipati program adalah seperti berikut:
• Penerangan dan penyelesaian masalah
• Pengenalan kepada PEDi
• Soalan & Jawapan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: